Friday, April 10, 2009

PM BARU, SLOGAN BARU

Nampak dah jadi trend di negara kita apabila bertukarnya PM maka wajib bertukarlah slogan. Apa yang pasti setiap slogan mesti gempak macam tajuk2 filem yang ditayangkan di pawagam.

Dahulu rakyat di nyayikan dengan slogan WAWASAN 2O2O, dan kemudian slogan ISLAM HADARI dan kini ONE MALAYSIA. Tapi yang pasti semua slogan tersebut dicipta oleh saf kepimpinan yang sama puncanya.

Ini bermakna, jika trend in terus berterusan sehingga 1oo tahun, rakyat Malaysia perlu menjilidkan index slogan PM2 Baru Malaysia. Pasti sukar untuk para pelajar kita di masa hadapan untuk mengingati semua isi kandung slogan2 tersebut. Tidak ketinggalan kesukaran dan kepayahan tersebut turut "dinikmati" oleh kakitangan kerajaan yang mengambil peperiksaan untuk kenaikan pangkat.

Ada apa pada slogan? Mungkin ia adalah agenda setiap pemimpin. Namun adakah ia suatu bentuk kesinambungan? Mungkin tidak kerana setiap mereka mempunyai agenda berbeza mengikut selera mereka. Maka semuanya boleh berubah dan bercampur baur. Sesuatu yang memeningkan kepala.

Pelik, mengapa mereka perlu bersusah payah mencipta slogan2 baru dan tidak sudi mengambil slogan yang ada pada ISLAM kerana slogannya tidak pernah berubah hingga KIAMAT, malah pernah membuktikan membinanya suatu TAMADUN yang GEMILANG..

Tuesday, February 24, 2009

Musim Hujan

Alhamdulillah, boleh dikatakan setiap petang hujan turun membasahi bumi di Senawang. Penduduk di Senawang tetap menjalani kehidupan seperti biasa biarpun aktiviti di petang hari agak terbatas. Yang pasti hypermarket Giant masih menjadi tumpuan ramai. Cuma mereka yang berniaga di pasar2 malam agak terjejas jualannya.

Wednesday, February 11, 2009

hujan turun dah

Alhamdulillah, hujan turun dah. Lama juga rasanya bumi Senawang tidak di basahi hujan.

Friday, February 6, 2009

Rampasan Kuasa : BN Perak Seperti Fatah Di Palestin

Rampasan Kuasa : BN Perak Seperti Fatah Di Palestin

Sejarah mencatatkan bagaimana rakyat Palestin memilih HAMAS sebagai wakil mereka untuk membentuk kerajaan melalui proses demokrasi. Pemilihan Ustaz Ismael Haneyeh sebagai Perdana Menteri amat membanggakan rakyat. HAMAS berjaya membentuk rakyatnya hidup aman dan damai sehingga hak masyarakat non muslim turut dilindungi. Bahkan PM Palestin itu turut mengarahkan agar gereja dijaga dengan rapi untuk memastikan keselamatan penganut kristian beramal tatkala Yahudi menyerang di awal pemerintahannya.

Amerika terus menggerakkan operasi jahat mereka dengan mewujudkan gerakan penentangan melalui proksidan rakan kongsinya Fatah. Suasana aman bertukar menjadi tegang. Huru hara dicetuskan. Angka korban meningkat. Siri rundinganang yang dipersetujui dilanggar secara biadap. Akhirnya Fatah bertindak merampas kuasa secara ganas. HAMAS berundur ke Ghaza untuk menyusun strategi di samping terus bertindak sebagai kerajaan yang bertakhta di hati rakyat.

Modus operand itu kini diciplak BN. Mereka cuba bermain api dengan rakyat. Mereka cuba menobatkan seorang lagi Mahmud Abbas. Mereka lupa air mata rakyat akan terus membasahi bumi Perak. YAB Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaludin tetap bertakhta di hati rakyat Perak sebagaimana Ismail Haneyeh di sisi rakyat Palestin.

http://berjuangitumanis.blogspot.com/

Tuesday, February 3, 2009

Fatwa Halalkan Darah Warga Arab Palestin

Laman web al-jazeera.net melaporkan bahawa para khakham (ulama besar) Yahudi telah meluluskan fatwa menghalalkan darah warga Arab Palestin (Islam dan Kristian) sebagai balasan kepada pembunuhan kader-kader mereka di bandar al-Quds. Fatwa yang akan disebarkan keapda umum pada hari Sabtu, 29 Mac 2008 melalui majalah rasmi kumpulan ultra ortodoks Yahudi itu bertajuk ‘Darah Yahudi lebih mahal dari emas’.


Rabbi dari bandar Safd, Samuel Eliyahu telah mengesahkan perkara tersebut dan menyeru agar kerajaan Israel mengulangi menubuhkan semula unit 101 yang pernah diketuai oleh Ariel Sharon pada masa lampau. Unit tersebut terkenal dengan kekejaman mereka membunuh warga awam Arab dan juga pembunuhan kelarga-keluarga Arab di kampung Qabyah dan Nahalin pada tahun 50’an. Unit yang diketuai oleh Ariel Sharon itu juga terkenal dengan kekejaman mereka membunuh seluruh penduduk kampung Arab, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga tua di dalam sebuah rumah yang diletupkan secara kejam.

Eliyahu menjelaskan bahawa fatwa berkenaan adalah bersumberkan dari Taurat. Menurut beliau darah kaum selain dari Yahudi adalah halal dan mereka berhak untuk melakukan perkar ayang sedemikian. Beliau mendakwa, jika pihak AS dan Rusia boleh menumpahkan darah kaum Muslimin, mengapa kaum Yahudi tidak boleh dibenarkan melakukan perkara yang sama. Fatwa tersebut telah mengundang kritikan dan penentangan dari ahli parlimen Arab di dalam knesset rejim Zionis Israel. Mereka membawa isu tersebut ke pihak pengadilan dan meminta agar fatwa yang berbau keganasan tersebut diharamkan oleh pihak mahkamah tinggi kerajaan rejim.

Agak ironik, darah lebih 100 rakyat Gaza telah ditumpahkan sebelum peristiwa serangan ke atas kader-kader Yahudi ultra Ortodoks. Tidak pula kedengaran mana-mana ulama Islam di Gaza menghalalkan darah warga awam Yahudi di seluruh dunia. Peliknya, apabila nyawa para kader-kader ultra ortodoks Yahudi Zionis yang juga merupakan anggota tentera sukarelawan rejim terbunuh, mereka menghalalkan darah semua warga Arab Palestin. Di manakah media antarabangsa untuk mempamerkan kepada dunia wajah sebenar ‘pengganas dunia’??

Perang dan Gas Asli - Antara Misi Yahudi di Gaza

Saturday, 24 January 2009 01:19

Serangan Israel ke atas Gaza bukan sahaja atas dasar penjajahan terhadap maruah dan tanah umat Islam, tetapi juga boleh dilihat daripada subut penjajahan terhadap sumber alam Palestin, iaitu gas asli.

Pada tahun 2000, satu lapangan gas asli telah ditemui di persisiran pantai gaza dan menyebabkan banyak pihak yang cuba untuk mendapatkkannya.
Satu rundingan telah dilakukan antara BG (British Gas) (memiliki 60 %); Consolidated Contractors (CCC) (memilikni 30 %); dan the Investment Fund of the Palestinian Authority (PA) (memiliki %). (Haaretz, October 21, 2007).

BG telah menjumpai takungan gas asli di Gaza Marine-1 dan Gaza Marine-2 yang berjumlah kira-kira 1.4 trillion cubic feet, iaitu sebanyak 4 billion dollor. Sewaktu kajian dilakukan, BG mengatakan bahawa kemungkinan size takunagn gas asli di kawasan tersebut lebih besar daripada yang dijangkakan.

Milik Siapa Takungan Gas Asli Tersebut?

Secara sah, takungan gas asli tersebut adalah milik kerajaan dan rakyat Palestin berdasarkan peta di atas, namun Yahudi yang kejam dan zalim telah berusaha keras untuk mendapatkan hak terhadap takungan gas asli tersebut.

Pertelingkahan antara HAMAS dan PA di bawah kuda tunggangan Yahudi Mahmoud Abbad memberikan peluang kepada Yahudi untuk memanipulasi hasil gas asli tersebut.

Pada May 2007, kabinet Israel telah meluluskan proposal Olmert untuk membeli gas daripada PA yang mana kontrak tersebut bernilai 4 billion, 2 billion keuntungan dan 1 billion daripadanya akan diberkikan kepada PA.

Tel Aviv sebaliknya tidak mempunyai hasrat untuk berkongsi keuntungan dengan rakyat Palestin, dan mereka telah memanipulasi perjanjian supaya tiada wang yang di berikan kepada rakyat Palestin, dan hasil daripada keuntungan akan ditukar kepada barangan dan khidmat sahaja kepada rakyat Palestin dengan alasan takut wang itu sampai kepada HAMAS.
Hasrat Israel gagal, dan akhirnya BG meundurkan diri daripada projek tersebut dan menutup pejabatnya di Israel pada Disember 2007. (BG website)

Serangan Ke atas Gaza

Serangan demi serangan dilancarkan ke atas Gaza oleh Yahudi laknatullah untuk menguasai segala sumber yang ada di Gaza. Kekejaman yang dilakukan mereka ini memang salah dari sudut undang-undang negara mana pun kecuali negara Haram Israel dan kuda tunggangannya, Amerika.

Pelbagai perundingan terus dijalankan dan antara strategi keji Yahudi adalah untuk menyalurkan gas asli daripada lapangan gas Gaza terud ke post Ashkelon di tanah jajahan Palestin supaya kerajaan Gaza tidak dapat campur tangan dalam urusan gas tersebut.

Strategi pipe gas asli cadangan Israel :

SEMENANJUNG GAZA : WILAYAH KECIL YANG DIPENJARA

Nama Semenanjung Gaza atau Ghazzah (قطاع غزة) diambil dari bandar Gaza yang terletak hampir ke utara wilayah itu. Gaza adalah bandar kedua besar di Palestin selepas Baitul Maqdis (atau Al Quds).

Semenanjung Gaza merupakan sebuah wilayah dalam Negara Palestin. Ia mewakili 1.3% daripada keluasan seluruh negara Palestin dari sempadan Lubnan di utara hingga ke sempadan mesir di selatan, dari laut Mediterranian di barat hingga ke sempadan Jordan di timur.


Namun sejak penjajahan Israel pada tahun 1948 dan peluasan tanah jajahan pada 1967, Semenanjung Gaza menjadi terasing dan terhimpit.

Bentuk muka bumi yang menganjur dan memanjang dari arah timur laut ke arah barat daya. Di sebelah kirinya Laut Mediterranian, di kanannya wilayah yang dijajah Israel. Gaza berkeluasan 360km persegi. Panjangnya 41km dan lebarnya antara 6-12km.

Penduduk Semenanjung Gaza dianggarkan seramai 1.5 juta orang. 400,000 daripada mereka tinggal di Bandar Gaza. Majoriti penduduk Gaza adalah zuriat pelarian Palestin yang dihalau dari kampung halaman masing-masing pada tahun 1948.

Ketidak seimbangan antara jumlah penduduk yang terlalu ramai dan keluasan wilayah yang sempit, menjadikan Gaza sebagai salah satu kawasan paling padat dengan penduduk di dunia. Kepadatannya ialah 25 ribu orang bagi setiap kilometer persegi.

Kepadatan ini adalah lebih tinggi (55 ribu) bagi kawasan kem pelarian. Maka tidak hairanlah apabila serangan tentera Israel 27 Disember lalu mencatatkan kadar kematian yang tinggi.

Kebanyakan penduduk Gaza tinggal kem-kem pelarian seperti Kem Khan Yunus, Kem Dir Balah, Kem Nusairat, Kem Syati’, Kem Maghazi, Kem Barij, Kem Jabalia dan Kem Rafah yang bersempadan dengan Mesir.

Selain itu terdapat 44 kawasan perumahan rakyat Palestin seperti Ghazzah, rafah, Khan Yunus, bani Suhaila, Khuza’ah, Absan Besar, Absan Baru, Dir Balah, bait Lahia, bait Hanun dan Jabalia.

Semenanjung Gaza mempunyai 7 jalan keluar ke wilayah lain. Kesemua pintu sempadan ini dikawal oleh rejim Zionis kecuali pintu sempadan Rafah. Ia dikawal oleh Mesir sejak tentera Israel berundur dari wilayah ini pada 2005.

Walaupun dikawal oleh Mesir yang sebangsa dan seagama dengan penduduk Gaza, namun Mesir juga mengamalkan dasar yang keras terhadap penduduk Gaza. Mereka tidak dibenarkan masuk secara bebas ke Mesir untuk mendapatkan keperluan harian. Seperti Israel, Mesir juga sangat bimbang jika pintu sempadan itu dijadikan laluan oleh pejuang-pejuang Islam untuk mendapatkan bekalan senjata.

Enam lagi pintu sempadan dikawal oleh pihak berkuasa rejim Zionis kerana ia bersempadan dengan wilayah yang dijajah. Kesemuanya mempunyai dua nama. Satu nama dalam bahasa Arab dan satu lagi nama dalam bahasa Ibrani.

Pintu-pintu sempadan itu ialah Al Manzar (Karni), Karam Abu Salim (Kerem Shalom), Bait Hanun (Erez), Al ‘Audah (Sufa), As Syuja’iyyah (Nahal Oz) dan Al Qararah (Kesofim). Kesemua pintu sempadan ini tidak dibuka kepada penduduk Gaza untuk keluar masuk dengan bebas.

Dengan itu, Semenanjung Gaza menjadi penjara bagi rakyatnya. Kini rakyat Palestin dikurung di dalam dua penjara mega yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Gaza pernah dijajah oleh British hingga tahun 1948. selepas itu ia diserahkan kepada kuasa tentera Mesir hingga tahun 1956.

Pada 29/10/1956, Israel bergabung dengan Perancis dan Britain melancarkan serangan 3 serangkai ke atas Mesir. Dalam peperangan ini mereka berjaya merampas Gaza dari Mesir. Namun selepas 5 bulan, tentera Israel berundur dari Gaza dan Mesir kembali menguasai Gaza pada Mac 1957.

Pada 7/6/1967 Israel kembali menjajah seluruh Semenanjung Gaza, Semenanjung Sinai (Mesir) dan Tebing Barat. Tiga hari kemudian mereka berjaya merampas Bukit Golan daripada Syria.

Pada 6/10/1973 berlaku satu peperangan yang dikenali sebagai Perang 6 Oktober atau Perang 10 Ramadhan. Mesir dan Syria menyerang kedudukan tentera Israel bagi membebaskan Semenanjung Sinai dan bukit Golan dari kekuasaan Israel. Husni Mubarak yang memimpin tentera udara Mesir turut terlibat di dalam peperangan ini.

Mesir mendapat kemenangan gilang gemilang dan berjaya membebaskan Semenanjung Sinai dari penjajahan Israel. Tentera Israel dihalau hingga ke sempadan Taba.

Namun Gaza terus berada di bawah kuasa Israel. Selepas daripada itu Mesir dilihat terus tidak berminat untuk berusaha membebaskan Gaza. Bahkan presiden Anwar Sadat mula berjinak-jinak dan menjalinkan hubungan mesra dengan Israel. Pada 19/11/1977 Sadat menjadi pemimpin Arab pertama mengadakan lawatan rasmi ke Israel yang kemudiannya menghasilkan perjanjian damai Mesir-Israel yang dikenali sebagai Perjanjian Camp David (17/9/1978).

Perjanjian ini ditandatangani bersama oleh Anwar Sadat (Mesir), Manachem Begin (Israel) dan Jimy Carter (Amerika Syarikat). Rakyat Mesir tidak dapat menerima perjanjian ini. Ia dianggap satu pengkhianatan kepada umat Islam. Kemuncak kepada kemarahan rakyat Mesir dapat dilihat apabila Anwar Sadat ditembak mati oleh tenteranya sendiri dalam perarakan sempena ulang tahun memperingati Perang 6 Oktober pada tahun 1981.

Penduduk Gaza terus dijajah dan ditindas Israel. Kini mereka bersendirian menentang penjajah. Mesir dan negara-negara Arab lain sudah tidak boleh diharap untuk membantu membebaskan Gaza dari cengkaman penjajah.

Pejuang-pejuang Islam Hamas, Jihad islami dan lain-lain merasakan mereka perlu berusaha sendiri untuk membebaskan bumi Gaza. Mereka tidak boleh lagi berharap kepada bantuan luar. Setiap hari ada saja umat islam yang dibunuh. Mereka hanya mampu melontar batu.

Justeru, selepas intifadhah kedua tahun 2000, mereka bertekad melancarkan serangan secara amaliyyah istisyhadiyyah. Mereka mencipta sendiri bahan letupan. Untuk meletupkannya mereka tidak ada cara lain selain dari membawa sendiri bhan letupan ciptaan mereka itu ke tengah-tengah kumpulan musuh lalu meletupkannya.

Kebanyakan ulama’ mengharuskan perbuatan itu dan ia tidak dianggap sebagai membunuh diri. Bahkan mati mereka adalah syahid.

Israel menghadapi kejutan baru dengan amaliyyah istisyhadiyyah ini. Mereka tidak menyangka sama sekali pejuang Palestin bernai melakukan tindakan sedemikian. Pejuang-pejuang ini mengejar kematian sepertimana tentera Israel mengejar kehidupan.

Perkembangan seterusnya, para pejuang memikirkan, selama mana mereka perlu bergantung dengan amaliyah istisyhadiyyah. Berapa ramai lagi anak-anak muda perlu dikorbankan. Justeru mereka mula mengorak langkah mencipta roket yang dibina daripada batang paip. Ia dinamakan Roket Al Qassam.

Biarpun tidak sehebat dan secanggih peluru berpandu Israel yang dihadiahkan oleh Amerika Syarikat, namun para pejuang ini berpuas hati kerana mereka telah berusaha. Mereka tidak hanya mengharapkan bantuan luar yang entah bila akan tiba.

Ketika Nabi Ibrahim alaihissalam dibakar oleh Namrud, seekor burung pipit terbang ke sungai lalu memenuhkan paruhnya dengan air. Air itu diterbangkan dan dicurahkan ke atas api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Berulang kali si pipit mengulangi perbuatannya. Hinggalah ia ditanya, “Wahai pipit, mana mungkin beberapa titis air yang kamu bawa itu akan memadamkan api yang sedang membakar Ibrahim!”

Pipit menjawab, “Ya, aku tahu air itu tidak dapat memadamkan api yang sebegitu besar. Tetapi perbuatanku ini akan melepaskan aku daripada dipersoalkan di akhirat kelak.”

Inilah prinsip yang dipegang oleh para pejuang di Gaza dan seluruh Palestin. Tidak tahan dengan serangan amaliyyah istisyhadiyyah dan serangan rokat Al Qassam, akhirnya tentera Israel berundur dari Gaza pada September 2005.

Pendatang Yahudi juga menuruti jejak langkah tentera meninggalkan Gaza kerana bimbangkan keselamatan mereka. Namun sebelum keluar, mereka terlebih dahulu memusnahkan permis mereka termasuk rumah ibadat Yahudi kerana tidak mahu ia dimanfatkan oleh umat Islam selepas ditinggalkan.

Ini adalah satu pengulangan sejarah. Di zaman Rasulullah SAW, apabila mereka sudah tidak mampu berhadapan dengan tentera Islam, mereka menyerah kalah dan menyatakan kesediaan untuk meninggalkan Madinah. Namun sebelum keluar, mereka terlebih dahulu memusnahkan rumah mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri. Dalam surah Al Hasyr ayat 2, Allah berfirman:

“Dialah yang telah mengeluarkan orang-orang kafir di antara Ahli Kitab (Yahudi) dari kampung halaman mereka pada julung-julung kali mereka berhimpun hendak memerangi Rasulullah. Kamu (wahai umat Islam) tidak menyangka bahawa mereka akan keluar (disebabkan bilangan mereka yang ramai dan pertahanannya yang kuat), dan mereka pula menyangka bahawa benteng-benteng mereka akan dapat menahan serta memberi perlindungan kepada mereka (dari azab) Allah. Maka Allah menimpakan (azab-Nya) kepada mereka dari arah yang tidak terlintas dalam fikiran mereka, serta dilemparkanNya perasaan cemas takut ke dalam hati-hati mereka, (lalu) mereka membinasakan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka sendiri (dari dalam) sambil tangan orang-orang yang beriman (yang mengepung mereka berbuat demikian dari luar). Maka insaflah dan ambilah pengajaran (dari peristiwa itu) wahai orang-orang yang berakal fikiran serta celik mata hatinya.”

Seluruh dunia bergembira dengan pengunduran tentera Zionis dari Gaza. Gaza dianggap sudah merdeka. Di pintu sempadan Rafah sudah tidak ada lagi tentera penjajah. Dengan itu diharapkan dunia Islam dapat menghulurkan bantuan kepada penduduk Gaza menerusi jalan Rafah. Penduduk Gaza juga dapat melintasi sempadan untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan lain-lain dari Mesir.

Namun kegembiraan ini tidak lama. Biarpun tentera Yahudi sudah tiada di bumi Gaza namun penduduknya masih dicengkam derita. Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut naga.

Mesir yang diharap dapat membebaskan penduduk Gaza terus menutup pintu sempadan. Dunia mengutuk tindakan Mesir. Namun Mubarak terus dengan sikap keras kepalanya dan enggan membantu Gaza. Qaza dianggapnya masih di bawah kuasa Israel. Pemimpin-pemimpin Fatah juga dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk membuka pintu sempadan.

Pada 25/1/2006 pilihanraya Palestin menyaksikan rakyat yang sudah bosan dengan permainan pemimpin Fatah telah memberikan undi majoriti kepada calon-calon Hamas. Fatah hanya berjaya mengekalkan 43 kerusi sahaja.

Pimpinan Fatah dilihat tidak serius dalam memperjuangkan kemerdekaan Palestin walaupun sudah setengah abad ditubuhkan. Fatah lebih banyak bersuara bagi pihak penjajah dan bertindak menangkap pejuang-pejuang Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas untuk diserahkan kepada Israel.

Dalam pilihanraya ini Hamas menang 76 daripada 132 kerusi yang dipertandingkan. Pemimpin Hamas, Said Siyam memperoleh undi tertinggi berbanding calon-calon lain di seluruh Palestin iaitu sebanyak 75,880 undi. Dengan kelebihan ini, beliau diberi kepercayaan oleh kerajaan pimpinan Ismail Haniah sebagai Menteri Dalam Negeri.

Kemenangan ini memberi kejutan dan tamparan hebat kepada Israel dan kerajaan-kerajaan sekular Arab. Bimbang pengaruh Hamas sebagai gerakan Islam akan merebak ke negara mereka maka sebahagian pemimpin Arab turut sama dengan Israel mengenakan sekatan ekonomi ke atas Palestin.

Pemimpin Fatah enggan mengiktiraf kemenangan Hamas. Hamas cuba sedaya upaya engan penuh berhikmah untuk mengambil alih kuasa. Walaupun sudah menang, namun Hamas masih lagi mahu mengadakan dialog dengan pemimpin Fatah. Ismail Haniah sedar bahawa di hadapan sana mereka terpaksa berhadapan dengan musuh yang lebih besar. Dengan itu sebarang usaha provokasi yang dibuat oleh Fatah kuarang diambil perhatian olehnya.

Sebaliknya beliau berusaha mewujudkan persefahaman dengan Fatah dengan menganjurkan pertemuan dan perbincangan yang kemuncaknya diadakan di Makkah al Mukarramah. Kedua-dua pihak bersetuju untuk membentuk kerajaan perpaduan yang menggabungkan kedua-dua pihak.

Namun selepas pembentukan kabinet baru, Fatah dilihat mula menunjukkan taringnya kembali dengan melakukan beberapa provokasi untuk menyingkirkan Hamas dari kuasa.

Kini Hamas tidak boleh berlembut dan memberi muka lagi. Keengganan Fatah untuk menerima hakikat bahawa mereka telah kalah dalam pilihanraya 2006 menyebabkan Hamas terpaksa mengambil alih pentadbiran Gaza dengan kekerasan. Pada 14/6/2007, mereka merampas bangunan pentadbiran kerajaan untuk melaksanakan amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka.

Penguasaan Hamas ke atas bumi Gaza begitu membimbangkan Mesir. Mubarak bimbang pengaruh gerakan Islam Ikhwanul Muslimin akan mendapat suntikan semangat untuk menang dalam pilihanraya Mesir. Maka Mubarak mengenakan tekanan lebih hebat kepada Gaza. Beliau mengugut untuk menutup pintu sempadan Rafah buat selama-lamanya hinggalah Hamas mengembalikan kuasa kepada Mahmud Abbas dan menerima tentera pemerhati antarabangsa.

Pada hari Khamis 25/12/2008, Menteri Luar Israel, Tzipi Livni mengunjungi Mubarak di Kaherah untuk memaklumkan situasi di Gaza yang sangat membimbangkan Israel. Kegiatan Hamas membina kekuatan di Gaza bakal menghancurkan Israel.

Selepas pertemuan itu, Mubarak dan Livni mengadakan sidang akhbar. Livni tanpa berselindung memberi isyarat bahawa situasi Gaza akan ‘berubah’ dalam sehari dua lagi.

Dua hari kemudian, pada jam 11.24 pagi, Israel menggerakkan 60 buah pesawat pengebom buatan Amerika Syarikat F16 untuk membedil Gaza. Serangan 3 minggu ini mengakibatkan 1350 orang terbunuh, kebanyakannya orang awam.

Israel menggelarkan serangan ini sebagai operasi Cast Lead’.