| BIL | NAMA | KAWASAN/ PARTI | PORTFOLIO |
| 1 | YB LOKE SIEW FOOK (KETUA PEMBANGKANG) | LOBAK (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
| 2 | YB AMINUDDIN BIN HARUN | SIKAMAT (PKR) | Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam |
| 3 | YB P.GUNASEKAREN | SENAWANG (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan |
| 4 | YB MOHD TAUFEK BIN ABDUL GHANI | PAROI (PAS) | Jawatankuasa Bertindak Agama Islam |
| 5 | YB EAN YONG TIN SIN | LUKUT (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian |
| 6 | YB RASHID BIN LATIFF | AMPANGAN (PKR) | Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu |
| 7 | YB CHA KEE CHIN | BUKIT KEPAYANG (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi |
| 8 | YB M.K. ARUMUGAM | RAHANG (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi |
| 9 | YB CHAI TONG CHAI | CHUAH (PKR) | Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi |
| 10 | YB | NILAI (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru dan Pengangkutan Awam |
| 11 | YB NG CHIN TSAI | TEMIANG (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan |
| 12 | YB WONG MAY MAY | MAMBAU (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat |
| 13 | YB TEO KOK SEONG | BAHAU (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Penggajian Tinggi |
| 14 | YB | PORT DICKSON (PKR) | Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Perpaduan |
| 15 | YB VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM | REPAH (DAP) | Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber, Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam |
Sunday, May 11, 2008
SHADOW EXCO N9
Selangor Akan Pastikan Hutan Yang Diceroboh Tidak Dibangunkan Sebagai Tanah Pertanian
Beliau berkata, mereka yang membeli tanah itu tidak akan dibenarkan meneruskan sebarang aktiviti di atas tanah hutan simpan berkenaan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri akan berikan bantuan guaman jika mereka merasa telah ditipu semasa membeli tanah berkenaan dan ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menjualnya, katanya di sini Rabu.
Semalam, pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dan Adun kawasan Sekinchan, Ng Swee Lim yang disertai sekumpulan wartawan melawat kesan pencerobohan ke atas hutan simpan yang dikatakan kawasan tadahan hujan bagi kawasan Tanjong Karang dan Sekinchan yang merupakan kawasan ‘Jelapang Padi’ negeri Selangor.
Dalam satu laporan lain, Ng berkata pokok yang telah ditebang balaknya itu didakwa telah dijual dalam bentuk lot-lot kecil kepada pembeli yang membayar antara RM8,000 dan RM8,500 untuk lot berkenaan yang kononnya akan diberikan taraf Tol (lesen menduduki sementara) oleh pihak yang menjualnya.
Setting Up Your Own Home Close Circuit TeleVision (CCTV) System
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Mambo is Free Software released under the GNU/GPL License.
Hamas denounces PA security for kidnapping wives of Palestinian prisoners
| [ 11/05/2008 - 11:47 AM ] |
| |
|
NABLUS, (PIC)-- The Hamas Movement strongly denounced the PA security apparatuses in the West Banks for kidnapping at night Saturday two wives of Palestinian prisoners from their homes in Nablus, considering it a despicable behavior outside the traditions of the Palestinian people. In a statement, Hamas stated Sunday that the PA security apparatuses had stormed the houses of two prisoners in Israeli jails, namely, Riyadh Al-Nadi and Ahmed Abu Al-Izz in the Ein refugee camp in Nablus and took their wives by force in front of their children and the camp refugees to their headquarters as the IOF troops had done before with the fathers Nadi and Izz. The statement called on the Palestinian women's rights organizations to take an effective role in protecting women from political arrests carried out by Abbas's security apparatuses, adding that arresting Palestinian mothers is a crime against them and their children who are deprived from their mothers after they already have been deprived from their fathers. http://www.palestine-info.co.uk/ |
Wednesday, May 7, 2008
Hanya Islam dapat angkat martabat Melayu
Tue | May 06, 08 | 10:41:31 am MYT
PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam. Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.
Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat.
Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan kita meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak kita hargai.
PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.
Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.
Umno-lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.
Di antaranya ciri ilmu, di mana Umno-lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Melayu semakin longgar dan lemah.
Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisma atau semangat kebangsaan Arab.
PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan , dasar dan matlamat hidup
Presiden,
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Saturday, May 3, 2008
Khutbah Jumaat Mufti Perlis - 2 Mei 2008
KANGAR, 2 Mei (Hrkh)- Jika sebuah pemerintahan negara itu boleh diubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat, mengapa tidak sebuah program hiburan yang tidak berprinsip juga diubah dengan kuasa rakyat, demikian intipati khutbah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.
Katanya, artis membawa budaya yang melampau, bercanggah serta merosakkan bangsa dan budaya Melayu, juga sering mengakibatkan penonton-penonton menjerit-jerit seperti dalam zoo adalah bertentangan dengan agama.
Semasa berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi, Asri menyentuh tentang program Jom Heboh di Perlis yang sibuk diperkatakan apatah lagi beliau sendiri menyatakan bantahan sekiranya program tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan.
“Islam bukanlah agama yang mengongkok sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.
“Festival Jom Heboh ini telah dibantah oleh beberapa buah negeri akibat pelbagai kontroversi yang timbul, sehingga ianya melangkah jauh beberapa negeri dan ia hinggap ke negeri ini. Kita bukan anti hiburan dengan mengatakan golongan muda, remaja hatta yang tuapun tak boleh berhibur, tapi mesti berperaturan.
“Kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan,” katanya memberikan perumpamaan.
Katanya, setiap perkara mesti ada peraturannya dan Islam tidak pernah mengenal istilah hiburan tanpa batas atau hiburan tanpa had.
“Semua semua perkara ada ‘rights and limits’, ada hak dan hadnya maka apabila ia datang mestilah mengikut peraturan. Kita terkejut bila diiklankan ada artis yang dikenali bermasalah akan datang. Kita menegur bukan kerana beliau membuka baju tapi gelagatnya yangg berterusan. Kita mahu ada misi ada kejelasan.
“Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu identiti.
Tapi dalam masa yang sama kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka,” tegasnya.
Asri juga melihat betapa buruknya apabila hiburan yang dicontohi dari barat dibawa ke dalam minda anak-anak muda di negara ini.
“Artis di Barat menjerit-jerit dan melompat-lompat, jeritan dan lompatan itu menghasil wang yang banyak untuk menyara mereka dan jadikan manusia seperti kita menjadi pengikut, maka kita menjadi hamba kepada media.
“Tetapi jeritan artis dan remaja kita hanya yang didengar ialah tentang isu, cerita keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.
“Kita bercakap tentang kemajuan, adakah remaja kita tidak maju kerana tidak tahu melompat atau menjerit? Maka kita tak dapat menerima artis rock di negeri ini, hiburan kita berperaturan kita tak dapat terima unsur khurafat, campur gaul yang melampaui batasan, pendedahan tubuh dan tidak menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak dapat membezakan waktu solat. Sebelum ini kedengaran muzik dan bunyi-bunyian mengatasi suara azan. Kita telah banyak dicandukan dengan hiburan seperti ini setiap kali ada pesta hiburan yang meruntuhkan moral anak-anak kita,” ujarnya.
Selain itu, beliau turut menyentuh tentang pembabitan anak-anak orang Melayu/Islam yang ramai setiap kali berlangsungnya pesta hiburan.
“Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda yang kering-kontang adalah anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam.
“Keruntuhan moral, keciciran dalam pelajaran dan pelbagai-bagai lagi disebut sedangkan negara ini semakin hari semakin dikutip dan direbut oleh orang lain. Alangkah buruk dan bodohnya generasi ini jika mereka terus dibiarkan tenggelam dalam hal yang sedemikian.
“Kita bukan ekstrimis agama atau anti hiburan tapi kita mahu melihat generasi ini maju ke hadapan dan demikian tanggungjawab kepimpinan orang Islam mestilah berfikir untuk memajukan umat mereka,” serunya.
Asri turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak agar tidak terbabit dalam Festival Jom Heboh di Perlis sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan.
“Jika tidak menurut peraturan, ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka tidak terlibat sama. Allah Taala mengingatkan ‘Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka’.
“Jika mematuhi aturan, bolehlah pergi melawat pameran atau hiburan yang tidak melampau. Tapi jika tidak patuh, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab memastikan unsur-unsur ini tidak meyusup masuk ke jiwa anak-anak.
“Jangan fikir kita sebagai ibu bapa siapalah kita untuk menghalang suatu program yang besar, tetapi hendaklah fikir kitalah yang bertanggungjawab dan memikul amanah.
“Jika pilihanraya yang membabitkan mengubah pemerintahan negara boleh dibubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat apabila setiap orang merubahnya, demikianlah juga hiburan, apabila ianya tidak berprinsip, ianya boleh diubah dengan kuasa rakyat,” katanya lagi.
oleh : Minda Mufti, Mufti PERLIS, http://drmaza.com/