Friday, July 4, 2008

KATA YB : Pemimpin tidak menghormati pilihan rakyat

"Pemimpin tidak menghormati pilihan rakyat.." begitulah ulasan YB PAROI dalam blognya mengenai tindakan kerajaan N9 melantik pegawai / wakil khas untuk kawasan DUN yang mereka kalah pada pilihanraya yang lepas.

Cukup memeranjatkan rakyat apabila kerajaan N9 telah bertindak melantik pegawai2/ wakil2 khas untuk kawasan DUN yang UMNO/BN telah kalah walhal sebelum ini mereka telah memotong elaun "pusat khidmat" wakil2 rakyat di N9 kerana kononnya untuk penjimatan duit rakyat. Apa sudah jadi? Terbalik pulak?

Berdasarkan senario ini maka pada pendapat saya tindakan awal BN N9 memotong elaun "pusat khidmat" tersebut adalah bertujuan menghukum wakil2 rakyat dari PAKATAN RAKYAT. Mereka tidak dapat menerima hakikat akan kekalahan mereka pada PRU-12 yang lalu walaupun mereka masih memerintah N9.

Hak wakil2 rakyat PR yang sebelum ini telah dinikmati x-wakil rakyat BN telah dinafikan walaupun mereka telah menang dengan mendapat sokongan/undi majoriti rakyat setempat. BN N9 boleh bertindak memotong elaun tersebut sekiranya wakil2 rakyat PR dilantik/dipilih oleh ahli2 / pemimpin2 BN dan duit kerajaan N9 adalah dari duit poket mereka dan keluarga mereka. Namun pada hakikatnya perkara tersebut tidak begitu.

Jika mereka telah menubuhkan pusat khidmat BN/UMNO atau melantik pegawai/wakil khas yang dibayar gajinya dengan menggunakan wang kerajaan negeri/pusat maka ia merupakan tindakan/perilaku yang salah dari segi etika berpolitik dan undang2.

Tindakan tersebut menunjukkan bahawa mereka adalah dari kalangan para pemimpin yang tidak jujur dan tidak amanah walaupun logo parti mereka adalah dacing yang nampak balance dan adil. Mereka tersebut gagal memahami dan membezakan antara wang rakyat dan wang parti, antara hak kerajaan dan hak parti, antara hak dan batil, antara pahala dan dosa.

Apa yangsemua orang tahu bahawa wang kerajaan negeri/pusat adalah wang untuk pembangunan rakyat, ia bukan wang yang disalurkan ke dalam poket mereka, kroni mereka atau menantu mereka samada secara terang2an atau secara halus2an.

Tindakan pemimpin yang tidak amanah tersebut adalah sesuatu yang memalukan, apatahlagi mereka itu mengaku sebagai umat ISLAM dan diperkatakan memperjuangkan Ketuanan Melayu. Sesungguhnya mereka yang tidak amanah adalah tidak layak menjadi pemimpin. Mereka lebih banyak melakukan kerosakan dan kedurjanaan yang akhirnya mendatangkan kemudharatan dan bala bencana kepada rakyat jelata.

Saya berharap pihak YB dan rakan2 PAKATAN RAKYAT akan membawa/membangkitkan isu ini ke peringkat persidangan DUN malah ke PARLIMEN. Tindakan mereka yang menafikan DEMOKRASI dan KEADILAN perlu ditentang habis-habisan. Biar pun mereka akan memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut, namun mereka tidak akan dapat bertahan buat selama-lamanya.

Suatu tahap, suatu ketika, rakyat akan tahu jua akan kedegilan dan kedurjanaan mereka tersebut, maka ketika itu pasti rakyat akan bangkit untuk menentang mereka samada melalui demonstrasi jalanan atau ketika membuang undi (tidak mengundi BN lagi). Bila mereka sudah kalah, barulah mereka sedar bahawa tindakan mereka selama ini adalah salah dan tidak bermoral. Maka akhirnya mereka akan mengakui bahawa kuasa rakyat itu mampu mengatasi kuasa kerajaan yang zalim.

Apa pun kuasa yang kekal itu hanya pada Allah SWT. Kuasa yang ada pada manusia adalah bersifat sementara cuma... Pemimpin yang menggunakan kuasa yang diamanahkan dengan baik dan adil sepertimana yang diperintahkan oleh Allah maka mereka akan berjaya di dunia dan di akhirat. Dan sebalinya pula pada pemimpin yang salah guna kuasa...

No comments: