Friday, May 30, 2008

Hadis Rasulullah perjelaskan hukum yang umum

Sumber hukum dalam Islam terbahagi kepada empat iaitu al-Quran, al-sunah, qias dan ijmak ulama. Dari segi etimologi, perkataan hadis berasal daripada bahasa Arab yang mempunyai beberapa pengertian. Antaranya adalah baharu, berita atau khabar, peristiwa atau kejadian yang berlaku, perutusan atau perkataan dan kisah atau cerita.Kebanyakan pengkaji ilmu hadis mendefinisikan hadis sebagai segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. daripada perkataan, perbuatan takrir atau sifat, sama ada sifat fizikal atau akhlak sebelum atau sesudah menjadi rasul.

Bagi mengupas persoalan peranan hadis sebagai sumber kedua hukum-hakam Islam, wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto BAIZURA HARON menemu ramah pensyarah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman.

Apakah fungsi hadis dalam menafsir hukum Allah?
DR. FAUZI: Sebenarnya sunah atau hadis mempunyai hubungan yang sangat kuat dengan al-Quran. Malah, Allah memuji Rasulullah dalam firmannya yang bermaksud: Sesungguhnya telah ada pada diri (Rasulullah) itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah. (al-Ahzab: 21)

Rasulullah juga mempunyai bidang kuasa untuk menentukan sesuatu hukum di luar al-Quran. Antara fungsi hadis adalah menjelaskan hukum yang datang secara umum. Al-Quran memerintahkan solat, puasa, zakat dan haji secara umum tanpa keterangan lengkap. Kita tidak mendapat penjelasan tentang syarat-syarat, bilangan rakaat, kadar zakat, jenis harta yang wajib dikeluarkan zakat dan juga pelaksanaan ibadat haji. Penjelasan lengkap dapat dirujuk kepada hadis Nabi s.a.w..

Yang kedua, hadis membataskan hukum yang mutlak. Contohnya, hukuman ke atas pencuri sebagaimana firman Allah: Dan orang lelaki dan perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka. (al-Maidah: 38)
Perkataan "tangan" adalah mutlak tetapi tidak dijelaskan bahagian mana yang perlu dipotong. Namun, hadis membataskan bahagian yang dipotong itu adalah di pergelangan tangan kanan.

Hadis juga berfungsi mengkhususkan yang umum. Contohnya dalam pembahagian harta pusaka sebagaimana yang dijelaskan dalam surah al-Nisa' ayat 11. Daripada ayat ini difahami setiap anak akan mendapat bahagian seperti kadar yang disebutkan apabila bapanya meninggal dunia.
Bagaimanapun, hadis mengkhususkan di mana anak para nabi tidak mewarisi harta peninggalan bapa mereka sebagaimana sabda Rasulullah: Kami para nabi tidak diwarisi, semua harta peninggalan kami adalah sedekah. (Riwayat Bukhari)

Keempat, menjelaskan yang samar. Contohnya ayat 82 dalam surah al-An'am mengenai kezaliman. Ayat ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan sahabat Nabi kerana mereka memahami zalim di sini adalah cuai dalam melaksanakan hak dan tanggungjawab. Rasulullah kemudian menjelaskan yang maksud zalim dalam ayat ini adalah syirik.

Fungsi kelima adalah menguatkan apa yang terdapat dalam al-Quran seperti kefarduan solat dan puasa.

Keenam, merumuskan apa yang disebut oleh al-Quran secara berasingan dan ketujuh menetapkan hukum yang didiamkan oleh al-Quran. Ini termasuklah pengharaman mengahwini wanita bersama dengan ibu saudaranya sama ada sebelah bapa atau ibu. Begitu juga pengharaman memakai sutera dan emas bagi lelaki.

Allah menjamin al-Quran akan terus terpelihara daripada sebarang cubaan mengubahnya.

Adakah terdapat jaminan yang sama dalam hadis?
Sebagaimana wahyu turun dalam bentuk al-Quran, ia juga diturunkan dalam bentuk hadis melalui Jibril. Bezanya wahyu al-Quran adalah lafaz yang bermukjizat manakala hadis adalah wahyu dengan makna. Ini berdasarkan keterangan al-Quran dan juga penjelasan hadis.

Allah juga menjelaskan perkara ini dalam firman-Nya: Dan Allah menurunkan kepadamu al-Kitab dan al-hikmah. (al-Nisa': 113)

Menurut Imam Syafie, "saya mendengar orang yang diperakui keilmuan mereka mengenai al-Quran menyebut hikmah itu adalah sunah Rasulullah s.a.w.." Diriwayatkan tafsiran al-hikmah sebagai al-sunah dipetik daripada Hasan al-Basri dan Qatadah sebagaimana disebut oleh ibn Abi Hati dan Ibn Jarir dalam Al-Durr al-Manthur dan al-khatib dalam al-Faqih.

Wahyu ini pula terbahagi kepada dua iaitu wahyu matluw iaitu al-Quran dan wahyu marwiy iaitu khabar yang datangnya daripada Rasulullah. Maka dengan itu, Syeikh Manna' al-Qattan dalam Mahabith fi Ulum al-Quran membahagikan wahyu kepada tawqifi (wahyu daripada Allah) dan wahyu tawfiqi (ijtihad Rasulullah).

Apakah kedudukan atau martabat hadis yang layak diambil sebagai hukum?
Hadis yang disebutkan itu mestilah memenuhi syarat untuk diterima. Antara syaratnya adalah mempunyai sanad yang bersambung, perawinya adil, kuat ingatan, tiada kecacatan, tidak syaz atau janggal dan siqah atau boleh dipercayai.

Apabila ada kesemua ini maka bolehlah hadis itu dijadikan sebagai hukum sama ada ia hadis sahih atau hasan dan lebih-lebih lagi mutawatir.

Bagaimana pula dengan golongan yang suka mengamalkan hadis yang lemah atau daif?
Ulama berselisih pendapat dalam hal ini.

Yang pertama mengatakan tidak boleh atau tidak terima mutlak pengamalan hadis daif. Ini termasuklah Imam Bukhari dan Syeikh Ahmad Syakir.

Pandangan kedua mengatakan boleh beramal termasuk dalam bab syariah tetapi dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif. Ini termasuklah pandangan Imam Ahmad yang menolak hadis yang terlalu lemah.

Pandangan ketiga mengatakan boleh diterima dalam bentuk fadilat. Itu pun dengan syarat hadis tersebut tidak terlalu daif.

Terdapat segelintir masyarakat yang menolak hadis sebagai sumber hukum. Apakah status golongan ini menurut Islam?
Menolak hadis bermakna mengingkari perintah Allah supaya kita taat kepada Rasulullah seperti juga taat kepada Allah. Hal ini banyak kali dijelaskan dalam al-Quran. Antaranya: Wahai orang yang beriman! Taatlah kepada Allah dan rasul-Nya. (al-Anfal: 20). Demikian juga perintah Allah dalam ayat 49 dan 64 surah al-Nisa'

Perbuatan menolak hadis ialah hikayat lama yang berulang-ulang. Ceritanya sama tetapi pelakonnya lain dengan pakej yang baru. Sekarang ia dibawa oleh golongan orientalis, dulu oleh fahaman muktazilah.

Umat Islam wajib beramal dengan hadis dan berhukum dengannya. Kedudukan hadis dalam Islam tidak pernah dipertikaikan kecuali oleh segelintir orang.

Namun, umat Islam telah diberi amaran agar tidak menyalahi rasul. Ini ditegaskan oleh Allah dalam firman-Nya: Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah rasul takut akan ditimpa fitnah cubaan atau ditimpa azab yang pedih. (an-Nur: 63)

Penerimaan dan penolakan perintah Rasulullah juga menjadi kayu ukur antara iman dengan nifak sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nur ayat 47 dan 48.

Mereka yang mempersendakan sunah adalah sama dengan mempersendakan Rasulullah kerana kedua-dua tidak terpisah. Lagipun, sama ada sunah Nabawiyah itu wahyu daripada Allah atau ijtihad Rasulullah, ia tetap wajib diamalkan kerana sumbernya adalah wahyu. Ini dijelaskan oleh al-Quran: Dan tidaklah yang diucapkan itu menurut kemahuan nafsunya. Ucapan itu hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). (al-Najm: 3-4)

Apakah penanda aras untuk kita mengamalkan sesuatu sunah kerana ada di antara sunah itu hanya boleh dilakukan oleh Rasulullah dan tidak boleh dicontohi oleh umat Islam. Contohnya poligami Nabi yang melebihi empat wanita. Kalau tidak ada bukti atau nas menunjukkan yang sesuatu hukum itu khusus untuk Rasulullah, maka ia adalah untuk diamalkan oleh semua orang Islam.

Apa yang penting ia memenuhi syarat-syarat hadis atau sunah yang diterima. Bukan berdasarkan andaian sahaja. Contoh sunah untuk Nabi Muhammad ialah dalam kes puasa sunat dua hari berturut-turut kerana baginda pernah melarang seorang sahabat iaitu Abdullah Ibn Umar Ibn Asr daripada berbuat demikian.

PJNS Lancar Program Sekampit Beras Setiap Bulan

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan , Sdr Zulkefly Mohamad bin Haji Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com semasa Majlis Perasmian Buletin Purnama N9 pada 26 Mei 2008 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi telah melancarkan Program “Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan – SBSKSB” .

Menurut Sdr Zulkefly program SBSKSB anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ini memberi peluang kepada keluarga yang mampu untuk menyumbang sekampit beras setiap bulan kepada keluarga yang kurang mampu, susah dan miskin di Negeri Sembilan ini ketika negara menghadapi krisis beras. Ini adalah memandangkan bukan hanya harga beras kian meningkat malah ianya susah didapati di pasaran sekarang ini untuk gred beras biasa. Situasi ini akan terus menghimpit keluarga miskin, susah dan kurang mampu di Negeri Sembilan ini yang jika tidak dibantu akan membawa kepada pelbagai masalah lain.

Mereka yang ingin menyumbang serta turut serta dalam Program SBSKSB boleh menghantarkan sumbangan terus ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan http://pasns.blogspot.com , No 100, Tingkat 1, Taman Kayu Manis KM 5 Jalan Jelebu , 70400 Seremban , Negeri Sembilan. Tel/fax : 06-7637450 e-mel : zulkeflyomar@yahoo.com atau menghubungi Setiausaha Kerja PAS N.Sembilan Sdr Suhairi 012-6411306.

Sunday, May 11, 2008

SHADOW EXCO N9

"shadow EXCO" comprising all opposition ADUN in the assembly as follows:

BIL

NAMA

KAWASAN/

PARTI

PORTFOLIO

1

YB LOKE SIEW FOOK

(KETUA PEMBANGKANG)

LOBAK

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Perancangan, Kewangan, Tanah dan Sumber Asli

Jawatankuasa Bertindak Perumahan dan Kerajaan Tempatan

2

YB AMINUDDIN BIN HARUN

SIKAMAT

(PKR)

Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam

3

YB P.GUNASEKAREN

SENAWANG

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Keselamatan dan Penerangan

4

YB MOHD TAUFEK BIN ABDUL GHANI

PAROI

(PAS)

Jawatankuasa Bertindak Agama Islam

5

YB EAN YONG TIN SIN

LUKUT

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian

6

YB RASHID BIN LATIFF

AMPANGAN

(PKR)

Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Adat Istiadat Melayu

7

YB CHA KEE CHIN

BUKIT KEPAYANG (DAP)

Jawatankuasa Bertindak Infrastruktur, Air, Tenaga dan Telekomunikasi

8

YB M.K. ARUMUGAM

RAHANG

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi

9

YB CHAI TONG CHAI

CHUAH

(PKR)

Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi

10

YB YAP YEW WENG

NILAI

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Kampung Baru dan Pengangkutan Awam

11

YB NG CHIN TSAI

TEMIANG

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan

12

YB WONG MAY MAY

MAMBAU

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat

13

YB TEO KOK SEONG

BAHAU

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Penggajian Tinggi

14

YB RAVI A/L MUNUSAMY

PORT DICKSON (PKR)

Jawatankuasa Bertindak Pelancongan dan Perpaduan

15

YB VEERAPAN A/L SUPERAMANIAM

REPAH

(DAP)

Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber, Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam

How to force ppl to slow down their cars












Selangor Akan Pastikan Hutan Yang Diceroboh Tidak Dibangunkan Sebagai Tanah Pertanian

Jumaat, 9 Mei 2008 • Kategori: Berita Utama, Selangor & Putrajaya
SHAH ALAM: 6 Mei, Kerajaan negeri Selangor akan pastikan tidak akan ada aktiviti pertanian atau pembangunan dijalankan di atas 650 hektar tanah hutan simpan bakau yang telah diceroboh dan ditebang pokok-pokoknya di hutan simpan Raja Musa dan Tanjong Karang terlebih dahulu sebelum memburu mereka yang bertanggungjawab, kata Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, mereka yang membeli tanah itu tidak akan dibenarkan meneruskan sebarang aktiviti di atas tanah hutan simpan berkenaan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri akan berikan bantuan guaman jika mereka merasa telah ditipu semasa membeli tanah berkenaan dan ingin mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menjualnya, katanya di sini Rabu.

Semalam, pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dan Adun kawasan Sekinchan, Ng Swee Lim yang disertai sekumpulan wartawan melawat kesan pencerobohan ke atas hutan simpan yang dikatakan kawasan tadahan hujan bagi kawasan Tanjong Karang dan Sekinchan yang merupakan kawasan ‘Jelapang Padi’ negeri Selangor.

Dalam satu laporan lain, Ng berkata pokok yang telah ditebang balaknya itu didakwa telah dijual dalam bentuk lot-lot kecil kepada pembeli yang membayar antara RM8,000 dan RM8,500 untuk lot berkenaan yang kononnya akan diberikan taraf Tol (lesen menduduki sementara) oleh pihak yang menjualnya.

Setting Up Your Own Home Close Circuit TeleVision (CCTV) System

http://www.palmx.org/mambo/index.php?option=com_content&task=view&id=165&Itemid=45

by Dr Azmi Mohd Tamil

This coming Deepavali and Hari Raya Aidil Fitri holidays is indeed a very long holiday. Most of us will be away in the kampungs from 21st October 2006 till 18th October 2006. Some of us may even extend our leave till 29th October 2006. So our homes will be left unattended for up to nine days! Many things could happen in that nine days. Many of us have friends or relatives whose homes were broken into and burgled by "foreigners". One of my former classmate had his house broken into just last week by 4 parang-wielding "foreigners" in Johor Bahru. Luckily none of his family members were hurt.

Most of us have broadband connection at home, so how could we make use of the connection to monitor our homes?

Allow me to demonstrate how...........

Picking Up The Required Equipments

First we need a digital video recorder (DVR). You have a choice of either
  • a pc-based one
  • or a stand-alone one.
I opted for a stand-alone DVR, model NVR1004+ (now rebadged by CNEX as DVR5804) which I bought from Reginex Low Yat Plaza for RM1300. I believe the price is much lower but since I don't speak their language, I think I got screwed. So try to bargain with them. I did check the prices elsewhere such as in Jalan Pasar (Pudu), but they were quoting higher prices. The DVR wont work without a hard drive, so I bought a 320GB hard drive for RM360 from Cycom, another shop within Low Yat Plaza. With a 320GB HD, even with almost continous recording, it will be 4 weeks before the previous recording is overwritten.

I didn't go for a pc-based DVR since my past experience with such devices were bad. I ended up with a corrupted display on my PC 4 years ago when I tried using such a device (TE-104, a UCC4 PCI DVR clone card)and I couldn't get it to work at all. Apparently it required a display of 1024 x 768 and my monitor then could only display 800 x 600. As the saying goes, "once bitten, twice shy". :-)

Next you need cameras. There are many choices from CMOS to CCD cameras. There are even IR-cameras which can take images in the dark. Go for CCD cameras since they are better than CMOS cameras. As for IR-cameras, they are only good for close distances, so don't bother using them outside of the house. I bought one which is supposed to be good for 25 metres but it is completely useless at that range. During demonstration, they do it in a small darkened box, so it looks fantastic, unfortunately on-site, the camera doesn't work at all in the dark. Remember my warning when you go shopping for the cameras.

Expect to spend around RM150 for a CCD camera and RM250 for an IR-camera. Since my DVR supports 4 cameras, I bought three IR-cameras. For the other camera, I reused my old CMOS camera which has served me well in the past.

Don't forget to pick up the BNC connectors and the cables for wiring. You need 2 BNC connectors per camera (RM2.50 each) and RM100 for 100 metres of cable. You'll also need a BNC to RCA cable to connect the DVR to your television. You may need other things such as cables for power supply and electrical sockets if your house does not have the necessary wiring to power up the cameras.

So roughly the equipments should set you back around RM2500. You can get a cheaper price by buying cheaper DVR (i.e. RM900 for VS5204UK) or by selecting cheaper cameras. Don't forget to shop around, you may get cheaper prices elsewhere.

Putting It Together

Identify the sites where you want to set up the cameras. Install them and lay down the cables from the cameras to the DVR. Configure the DVR properly. You can set the option so that recording occurs only when there is motion or movement in the area. This will reduce the hard drive requirement tremendously.

To configure the DVR, click on the "Menu" button. Enter the password (i.e. 88888888) and you will see the following screen;


Upon getting the this screen, please correct the time setting.

For Net setting, please use the following;
IP: the suitable IP address for your network. I set mine at 192.168.0.199 since the range of valid IPs on my network is between 192.168.0.100 - 192.168.0.199.
Mask: Usually it is 255.255.255.0
Gateway: The gateway on your network to the Internet. Mine is set at 192.168.0.1. Depends on the setting of your local area network (LAN).
Server: This is the IP address for the DNS Server. For Streamyx users please use 202.188.0.132 or 202.188.1.5.

Video In: Select PAL
Lang: English of course.
ID: Leave it blank if you have only one DVR.

Under record, select the quality of image that you want to record. 1 = lowest quality and 7 = highest quality. The higher the quality, the larger hard drive space required and the shorter amount of time recording before the previous clips gets overwritten.

For example for a 320 GB hard drive at quality setting of 1, it would be about 800 hours (about 33 days) of continuous recording before it starts overwriting the earlier clips. At 7, it would be 200 hours (about 8 days) of continuous recording before it starts overwriting the earlier clips.

Set the overwrite to Auto.

Let us ignore Alarm, Timing & Search.

Backup is used when you want to backup the recording elsewhere. For example you want to backup the clips of a robbery.

Select the device for backup (either HD, USB or Net). HD refers to the slave drive in the DVR, if installed. For USB, you can only use a thumbdrive of less than 1 GB, in FAT format. You can't use the usual external HD since the DVR will only backup into a FAT format hard drive (size limited to less than 4.096 GB). Selecting Net will allow you to backup into a computer on the network.

Now set the time range of the incident that you want to download and save it.



This is what I like best about using a DVR. You can set it to record, only when there is movement in all or any of the cameras. When I was using VCR to record, it was pure hell going through the tapes, looking for possible suspects. Now I only have to watch clips when there are people moving about.

Set the SenseType to Move. You can set the sensitivity from the highest to the lowest. You can even select which of the 16 possible areas on the screen to be sensitive to movements.

Under Manage, you can reset the password for the hard drive.But when you reset the password, the hard drive will be reformatted. So think very carefully whether you want this.

Most importantly you can reset the management password so that only you can access the DVR from the Net. It is not the same as the HD password. Please remember the password that you used here. We will need it later.

Now connect the DVR to the router using a network cable. Use the diagram below as a guide.


You will have to configure your router to put your DVR in the DeMilitarised Zone (DMZ) so that you can access your DVR from outside of your home. DMZ (DeMilitarised Zone) is used to allow a single computer/IP device on the LAN to be exposed to the Internet. Please refer to the diagram below for guidance. If it doesn't make sense to you, please refer to your router's manual.


Identifying Your Broadband's IP Address

I would like to thank Dr Badrulhisham Bahadzor (surgeon and Faculty of Medicine UKM webmaster) for his help on this matter.

As we all are aware, our broadband's IP address changes on a regular basis. So if we are away from home, how can we identify our IP address? We can make use of DNS and redirection service to map the dynamic IP address. One such free service is No-IP. Just surf to their site, register your name, create an account and create a domain name such as palmx.no-ip.org. Then go to the downloads section and download the "No-IP.com Dynamic DNS update client". Install the client on the PC/desktop which is in the same local area network as the DVR.

When configured correctly, the client will check your IP address at a given time interval checking to see if your IP has changed. If your IP address has changed it will notify the dns servers and update the IP corresponding to your No-IP/No-IP+ hostname.







I set mine to be updated every 30 minutes.

If you are using a router that supports dynamic DNS, then there is no need to use the above setup to update the IP address. Just configure your router accordingly by following the instructions HERE.Thanks to declan of MalSingMaps.com for his help on this matter.



So when we need to identify the IP address of our broadband connection, we just open up our Command Prompt and type "ping "; i.e. "ping palmx.no-ip.org". Immediately we will see the ip address of the streamyx connection displayed, as demonstrated below.Please take note of the IP address here. You will need it later to configure remote viewing.


Remote Viewing of the CCTV

Install the DVR software on your notebook. It is available on the CD that comes with your DVR. Configure it properly as demonstrated below. Put in the IP address and you will be able to view the CCTV remotely. You can even search through the archive for prior CCTV images.


After installing the software, run the application. Click the "Channel Admin" button on the bottom right side of the screen. Fill up the boxes accordingly.

Name: whatever that suits you i.e. CCTV
IP: the IP address that you pinged earlier.
Desc: any suitable description
Password: the management password that you entered in the DVR settings earlier.

Once done, click on the "Add" button and then "Exit".

Whenever the IP of the connection changes, just click on the "Channel Admin" button on the bottom right side of the screen and modify the IP address.

Now click on the "Set Parameters" button and change the image format to Halfdone_P. Otherwise it wont work. Stumped me for days. It required a visit to Reginex to solve it.

Now right click on the screen and the following menu will be displayed. Select remote view if you want to see what is going on on your cameras.

You can even record it on your PC.

If you want to browse through the content of your DVR, click "play connect DVR". You will see the requester as in the image on the left. Select the clips that you want to view.

You can even record it back on your PC.


Displayed is the image as displayed on TV at the local site.



This is the image as seen on the notebook when connected remotely through the Internet. I've even demostrated the remote viewing on my notebook via GPRS to my former schoolmates during our Ramadan gathering last Saturday.



Using the appropriate software, you can even view the CCTV images on your PDA via GPRS. I tried and failed. Therefore if this option is important to you, get them to make it work for you before you buy their stuff.

Conclusion

At least now when my house alarm goes off and the alarm system contacts me via phone, I can switch on my notebook, log in via GPRS and do remote viewing of my CCTV. Based on the images, I can take the appropriate action. I can even send the images to the police if necessary.

It was easy enough to set it up. I did it during the little free time that I have during this weekend, on my own. Remember that I am a medical doctor, not a technician and I could set it up on my own. If setting it up sounds like too much trouble, you can just buy the equipments and pay somebody else to set it up for you.

Semoga Allah selamatkan kita semua.
Last Updated ( Mar 08, 2007 at 11:03 PM )

Mambo is Free Software released under the GNU/GPL License.

Hamas denounces PA security for kidnapping wives of Palestinian prisoners

[ 11/05/2008 - 11:47 AM ]

NABLUS, (PIC)-- The Hamas Movement strongly denounced the PA security apparatuses in the West Banks for kidnapping at night Saturday two wives of Palestinian prisoners from their homes in Nablus, considering it a despicable behavior outside the traditions of the Palestinian people.

In a statement, Hamas stated Sunday that the PA security apparatuses had stormed the houses of two prisoners in Israeli jails, namely, Riyadh Al-Nadi and Ahmed Abu Al-Izz in the Ein refugee camp in Nablus and took their wives by force in front of their children and the camp refugees to their headquarters as the IOF troops had done before with the fathers Nadi and Izz.

The Movement also considered this act a new crime and dangerous behavior demonstrating further moral decline and lack of ethics of these security apparatuses which are under the command of PA chief Mahmoud Abbas and his unconstitutional government.

The statement noted that arresting husbands by an enemy occupying the Palestinian lands is something expected, but kidnapping Palestinian wives and mothers by Abbas's security apparatuses is a continuation of carrying out dirty jobs as assigned by American general Keith Dayton.

The statement called on the Palestinian women's rights organizations to take an effective role in protecting women from political arrests carried out by Abbas's security apparatuses, adding that arresting Palestinian mothers is a crime against them and their children who are deprived from their mothers after they already have been deprived from their fathers.

http://www.palestine-info.co.uk/

Wednesday, May 7, 2008

Hanya Islam dapat angkat martabat Melayu

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Tue | May 06, 08 | 10:41:31 am MYT

PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam. Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.

Sebarang usaha samada sengaja ataupun tidak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat.

Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan kita meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak kita hargai.

PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.

Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.

Umno-lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini.

Di antaranya ciri ilmu, di mana Umno-lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Melayu semakin longgar dan lemah.

Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisma atau semangat kebangsaan Arab.

PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan , dasar dan matlamat hidup

Presiden,
Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Saturday, May 3, 2008

Khutbah Jumaat Mufti Perlis - 2 Mei 2008

KANGAR, 2 Mei (Hrkh)- Jika sebuah pemerintahan negara itu boleh diubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat, mengapa tidak sebuah program hiburan yang tidak berprinsip juga diubah dengan kuasa rakyat, demikian intipati khutbah Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

Katanya, artis membawa budaya yang melampau, bercanggah serta merosakkan bangsa dan budaya Melayu, juga sering mengakibatkan penonton-penonton menjerit-jerit seperti dalam zoo adalah bertentangan dengan agama.

Semasa berkhutbah di Masjid Alwi dekat sini tengahari tadi, Asri menyentuh tentang program Jom Heboh di Perlis yang sibuk diperkatakan apatah lagi beliau sendiri menyatakan bantahan sekiranya program tersebut melanggar peraturan yang ditetapkan.

“Islam bukanlah agama yang mengongkok sehingga menyusahkan manusia untuk hidup atau mengharamkan semua perkara untuk manusia. Demikian juga berhubung dengan hiburan. Islam tidak menghalang hiburan, tapi meletakkan batas dan mesti mengikut peraturan serta mempunyai garis panduan yang jelas.

“Festival Jom Heboh ini telah dibantah oleh beberapa buah negeri akibat pelbagai kontroversi yang timbul, sehingga ianya melangkah jauh beberapa negeri dan ia hinggap ke negeri ini. Kita bukan anti hiburan dengan mengatakan golongan muda, remaja hatta yang tuapun tak boleh berhibur, tapi mesti berperaturan.

“Kereta kita sendiri, harta sendiri yang dibeli dengan wang sendiri tapi apabila digunakan di jalanraya mestilah mengikut peraturan,” katanya memberikan perumpamaan.

Katanya, setiap perkara mesti ada peraturannya dan Islam tidak pernah mengenal istilah hiburan tanpa batas atau hiburan tanpa had.

“Semua semua perkara ada ‘rights and limits’, ada hak dan hadnya maka apabila ia datang mestilah mengikut peraturan. Kita terkejut bila diiklankan ada artis yang dikenali bermasalah akan datang. Kita menegur bukan kerana beliau membuka baju tapi gelagatnya yangg berterusan. Kita mahu ada misi ada kejelasan.

“Kita tak mau apabila orang melihat hiburan bagikan pergi ke zoo, dengan melompat-lompat dan menjerit-jerit tanpa batasan dan tak tahu identiti.

Tapi dalam masa yang sama kita bercakap tentang memajukan Islam, memajukan umat Islam, mahukan minda kelas pertama tapi dalam masa yg sama kita menyogokkan kepada remaja dengan hiburan yang memperbodohkan mereka, dengan hiburan yang tidak membangunkan minda mereka,” tegasnya.

Asri juga melihat betapa buruknya apabila hiburan yang dicontohi dari barat dibawa ke dalam minda anak-anak muda di negara ini.

“Artis di Barat menjerit-jerit dan melompat-lompat, jeritan dan lompatan itu menghasil wang yang banyak untuk menyara mereka dan jadikan manusia seperti kita menjadi pengikut, maka kita menjadi hamba kepada media.

“Tetapi jeritan artis dan remaja kita hanya yang didengar ialah tentang isu, cerita keruntuhan moral, penyalahgunaan dadah dan seumpamanya.

“Kita bercakap tentang kemajuan, adakah remaja kita tidak maju kerana tidak tahu melompat atau menjerit? Maka kita tak dapat menerima artis rock di negeri ini, hiburan kita berperaturan kita tak dapat terima unsur khurafat, campur gaul yang melampaui batasan, pendedahan tubuh dan tidak menghormati sensitiviti orang Islam dengan tidak dapat membezakan waktu solat. Sebelum ini kedengaran muzik dan bunyi-bunyian mengatasi suara azan. Kita telah banyak dicandukan dengan hiburan seperti ini setiap kali ada pesta hiburan yang meruntuhkan moral anak-anak kita,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut menyentuh tentang pembabitan anak-anak orang Melayu/Islam yang ramai setiap kali berlangsungnya pesta hiburan.

“Anak siapakah yang pergi ke hiburan itu? Kebanyakannya anak orang-orang Melayu yang mengaku Islam. Tapi apabila ada pesta buku, pesta ilmu atau pertandingan yang membangun minda yang kering-kontang adalah anak-anak orang Melayu yang mengaku Islam.

“Keruntuhan moral, keciciran dalam pelajaran dan pelbagai-bagai lagi disebut sedangkan negara ini semakin hari semakin dikutip dan direbut oleh orang lain. Alangkah buruk dan bodohnya generasi ini jika mereka terus dibiarkan tenggelam dalam hal yang sedemikian.

“Kita bukan ekstrimis agama atau anti hiburan tapi kita mahu melihat generasi ini maju ke hadapan dan demikian tanggungjawab kepimpinan orang Islam mestilah berfikir untuk memajukan umat mereka,” serunya.

Asri turut menyeru ibu-bapa supaya mengambil tanggungjawab memastikan anak-anak agar tidak terbabit dalam Festival Jom Heboh di Perlis sekiranya ianya gagal mengikuti peraturan yang ditetapkan.

“Jika tidak menurut peraturan, ibu bapa mesti memastikan anak-anak mereka tidak terlibat sama. Allah Taala mengingatkan ‘Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka’.

“Jika mematuhi aturan, bolehlah pergi melawat pameran atau hiburan yang tidak melampau. Tapi jika tidak patuh, kitalah ibu bapa yang bertanggungjawab memastikan unsur-unsur ini tidak meyusup masuk ke jiwa anak-anak.

“Jangan fikir kita sebagai ibu bapa siapalah kita untuk menghalang suatu program yang besar, tetapi hendaklah fikir kitalah yang bertanggungjawab dan memikul amanah.

“Jika pilihanraya yang membabitkan mengubah pemerintahan negara boleh dibubah dengan perasaan dan kemarahan rakyat apabila setiap orang merubahnya, demikianlah juga hiburan, apabila ianya tidak berprinsip, ianya boleh diubah dengan kuasa rakyat,” katanya lagi.

oleh : Minda Mufti, Mufti PERLIS, http://drmaza.com/