Friday, May 30, 2008

PJNS Lancar Program Sekampit Beras Setiap Bulan

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan , Sdr Zulkefly Mohamad bin Haji Omar http://zulkeflyomar.blogspot.com semasa Majlis Perasmian Buletin Purnama N9 pada 26 Mei 2008 di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Paroi telah melancarkan Program “Sekampit Beras Setiap Keluarga Setiap Bulan – SBSKSB” .

Menurut Sdr Zulkefly program SBSKSB anjuran Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan ini memberi peluang kepada keluarga yang mampu untuk menyumbang sekampit beras setiap bulan kepada keluarga yang kurang mampu, susah dan miskin di Negeri Sembilan ini ketika negara menghadapi krisis beras. Ini adalah memandangkan bukan hanya harga beras kian meningkat malah ianya susah didapati di pasaran sekarang ini untuk gred beras biasa. Situasi ini akan terus menghimpit keluarga miskin, susah dan kurang mampu di Negeri Sembilan ini yang jika tidak dibantu akan membawa kepada pelbagai masalah lain.

Mereka yang ingin menyumbang serta turut serta dalam Program SBSKSB boleh menghantarkan sumbangan terus ke Pejabat Perhubungan PAS Negeri Sembilan http://pasns.blogspot.com , No 100, Tingkat 1, Taman Kayu Manis KM 5 Jalan Jelebu , 70400 Seremban , Negeri Sembilan. Tel/fax : 06-7637450 e-mel : zulkeflyomar@yahoo.com atau menghubungi Setiausaha Kerja PAS N.Sembilan Sdr Suhairi 012-6411306.

No comments: