Thursday, January 1, 2009

2009 TAHUN PEPERANGAN?

Permulaan 2009 adalah peperangan, kemusnahan dan tangisan. Kekejaman ZIONIS yang membunuh nyawa umat Islam Palestin amat melukakan hati2 orang yang beriman.

Apa erti laungan tahun baru dan percikan pelbagai warna bunga api walhal saudara kita di Palestin melaung memohon pertolongan dan langitnya dihiasi dengan percikan bom2 berapi?

Tahun 2009 bukan sahaja tahun ekonomi tenat tetapi ia juga tahun pembunuhan kejam terhadap umat Islam Palestin.

Pelik, mengapa pemimpin dunia Arab yang lain masih mengharapkan tindakan US untuk menghentikan kekejaman ZIONIS? Adakah ini menunjukkan kedayusan pemimpin dunia Arab kini yang telah rosak akhlak dan akhidahnya? Pemimpin dunia Arab terlalu kaku kerana mereka bukan PENCINTA ISLAM tetapi mereka adalah BONEKA USA & ZIONIS...

Semoga Allah membantu pejuang2 HAMAS dalam usaha menentang pencerobohan ZIONIS-ISRAIL... Amin.




No comments: