Friday, April 10, 2009

PM BARU, SLOGAN BARU

Nampak dah jadi trend di negara kita apabila bertukarnya PM maka wajib bertukarlah slogan. Apa yang pasti setiap slogan mesti gempak macam tajuk2 filem yang ditayangkan di pawagam.

Dahulu rakyat di nyayikan dengan slogan WAWASAN 2O2O, dan kemudian slogan ISLAM HADARI dan kini ONE MALAYSIA. Tapi yang pasti semua slogan tersebut dicipta oleh saf kepimpinan yang sama puncanya.

Ini bermakna, jika trend in terus berterusan sehingga 1oo tahun, rakyat Malaysia perlu menjilidkan index slogan PM2 Baru Malaysia. Pasti sukar untuk para pelajar kita di masa hadapan untuk mengingati semua isi kandung slogan2 tersebut. Tidak ketinggalan kesukaran dan kepayahan tersebut turut "dinikmati" oleh kakitangan kerajaan yang mengambil peperiksaan untuk kenaikan pangkat.

Ada apa pada slogan? Mungkin ia adalah agenda setiap pemimpin. Namun adakah ia suatu bentuk kesinambungan? Mungkin tidak kerana setiap mereka mempunyai agenda berbeza mengikut selera mereka. Maka semuanya boleh berubah dan bercampur baur. Sesuatu yang memeningkan kepala.

Pelik, mengapa mereka perlu bersusah payah mencipta slogan2 baru dan tidak sudi mengambil slogan yang ada pada ISLAM kerana slogannya tidak pernah berubah hingga KIAMAT, malah pernah membuktikan membinanya suatu TAMADUN yang GEMILANG..

3 comments:

Anonymous said...

Sertai rancangan terbaru berjudul: "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" 24 jam sehari, 7 hari seminggu, hanya di kaca screen komputer anda...re

uLaTbUKu.cOm said...

KNAPE? SYIAH TU SALAH KE?

BUJANG SUSAH said...

Takbir...!!!!!!!!!!!