Sunday, June 29, 2008

PAS dan UMNO bersatu?

Baru2 ini sekali lagi kita dengar cerita2 politik mengenai akan PAS dan UMNO ingin bersatu. Jelas ia cerita yang cukup sensasi dan mendebarkan. Apatah lagi ia mengambarkan perlunya bersatu untuk memastikan survival orang Melayu dan mempertahankan Ketuanan Melayu.

Sekiranya PAS bersatu dengan UMNO, siapakah yang akan tenggelam dan siapa pula yang akan timbul? Siapa yang akan di cairkan dan siapa pula yang akan menjadi nakhoda yang mengetuai angkatan yang baru? Adakah perlembagaan kekal sama dengan yang lama atau wujudnya gabungan perlembagaan bagi memenuhi kehendak kedua2 parti? Semua itu persoalan demi persoalan yang memerlukan penjelasan.

Kita tahu bahawa PAS dan UMNO mempunyai ideologi berbeza, ia laksana jauhnya bumi dengan langit. PAS menjadikan ISLAM sebagai ideologi, manakala UMNO berideologikan SEKULARISMA. Bagaimana SEKULAR boleh bergabung dengan ISLAM kerana sudah tabiat dan budaya SEKULAR itu adalah untuk menentang dan memerangi ISLAM?

Jika benar gabungan tersebut maka akan berakhirlah Gerakan Islam di tanah air Malaysia yang tercinta ini. Sudah pasti negara kita mirip TURKI yang ditadbir dengan ganas oleh rejim SEKULAR ketika runtuhnya Pemerintahan Khalifah yang terakhir.

Namun cerita sensai ini telah dijawab oleh Presiden PAS dengan jelas dan jitu tanpa ada ragu. Ikuti kenyataan beliau yang menyakinkan seperti berikut :


Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sat | Jun 28, 08 | 11:02:27 am MYT

Setelah kita mengeluarkan kenyataan rasmi atas isu fitnah kerjasama kepimpinan PAS dan Umno pada dua minggu yang lalu, mutakhir ini kita menyaksikan media arus perdana dan juga media internet sekali lagi memainkan isu ini sekaligus menimbulkan kecurigaan dan kebimbangan kepada umum khususunya kepada ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat atas isu yang sama.

PAS cukup sedar usaha-usaha ini telah mencetuskan kegelisahan dikalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

PAS amat sedar mengapa Umno/BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi.

PAS dengan ini menegaskan sekali lagi bahawa tidak ada sebarang rundingan kerjasama dengan Umno/BN.

Sebarang tuduhan kerjasama atau cadangan itu adalah dinafikan oleh kepimpinan tertinggi PAS yang sedar bahawa kemenangan yang diperolehi dari Pilihanraya Umum baru-baru ini adalah harapan seluruh lapisan rakyat pelbagai kaum dan agama.

Untuk PAS bersama dengan Pakatan Rakyat membawa kehidupan rakyat yang sejahtera.

PAS juga menegaskan bahawa kita adalah komited untuk memperkukuh Pakatan Rakyat dan memperkasa lima buah negeri di bawah Pakatan Rakyat.

PAS akan bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk menggerakkan inisiatif politik bagi terus membela kehidupan dan kepentingan rakyat yang kian ditindas dan terbeban oleh polisi-polisi kerajaan Umno/BN.

Sehubungan dengan ini PAS bersama Pakatan Rakyat akan menggembling usaha-usaha politik dengan semua pihak untuk membawa perubahan dan peralihan kuasa kepimpinan negara.

Sebarang usaha daripada mana-mana pihak untuk mengemukakan usul undi tidak percaya akan kami rumuskan bersama dalam Pakatan Rakyat bagi menjayakan hasrat dan harapan rakyat.

Oleh itu PAS mengalu-alukan sokongan semua ahli-ahli parlimen Malaysia untuk bersama-sama merealisasikan usaha Pakatan Rakyat bagi menyelamatkan negara serta rakyat daripada terus dihimpit oleh kesempitan hidup akibat dari polisi kepimpinan negara yang tempang dan tidak bertanggungjawab./wann _



No comments: