Saturday, June 28, 2008

Sekian Lama Masa Berlalu

Sekian lama masa berlalu, kenaikan harga minyak sudah mula menampakkan kesan negatifnya. Kenaikan harga barang2 keperluan telah berlaku dan berjalan secara beransur2. Perlahan tapi memeritkan khususnya bagi kalangan rakyat yang tiada mendapat habuan dari amalan rasuah, politik wang, kronisma, salah guna kuasa, songlapkan wang rakyat atau mendapat elaun yang berganda banyaknya.

Lihat sahaja kuih muih yang dijual, misalnya di PASAR AMPANGAN, memang harga sama tapi saiznya agak mengecil atau boleh dikatakan susut. Malah ada yang susut isinya bagaikan tin yang semakin kosong. Tiada makna beli kuih yang susut saiznya dan isinya.

Harga beras melambung naik. Apalah nasib mereka yang berpendapatan rendah? Mampukah mereka menyara ahli keluarga mereka? Sampai bila mereka hendak beli beras hancur yang tinggi peratusannya? Adakah wajar pula mereka pergi mengutip sisa makanan dari rumah para pembesar dan pemimpin rakyat yang hidup senang mewah dan bermegah2?

Memang aku tidak faham, bagaimana rakyat kita hendak hidup.

Mungkin kesan kenaikan minyak ini masih ditahap minima. Tapi bila sudah berlarutan dan memakan masa yang lama, sudah pasti kesannya akan semakin parah dan dikhuatiri membawa kebinasaan. Perlukah rakyat kita mencuri dan merompak untuk mencari sesuap nasi?

Kini pihak pemerintah tidak berdaya lagi mengawal kenaikan harga minyak walaupun negara kita mempunyai telaga minyak. Mungkinkah telaga minyak diperairan negara kita bukan dipunyai sepenuhnya oleh negara kita atau minyak2 itu lebih menguntungkan jika dijual dipasaran antarabangsa berbanding dijual di dalam negara?

Jika semuanya tidak boleh dan terus naik sehingga menyusahkan dan membebankan rakyat adalah ia menjadi tanggungjawab rakyat jelata memikirkan sendiri dan menilai diri adakah selama ini kita memilih pemimpin rakyat yang betul? Tertipukah kita dengan janji manis yang ditaburkan dahulu, kini dan selamanya?

Rakyat yang sedar atau baru sedar pasti akan berubah dan berhijrah. Impian mereka adalah sebuah kerajaan yang sedia membantu rakyat berdasarkan prinsip2 keadilan, kebenaran dan ketelusan sepertimana yang dituntut oleh Syariat Islam.

Namun Rakyat yang masih tidak sedar atau membiarkan diri hidup tanpa sedar maka tiadalah mereka itu akan berubah melaikan terus fanatik dengan ideologi lapuk yang berkarat. Mereka sanggup mengorbankan hak2 mereka asalkan pemimpin mereka hidup senang lenang laksana dewa dewi di kayangan. Maka rakyat sebegini akan terus miskin dan susah sehingga merempat di negara sendiri.

Maka FIKIR-FIKIR kanlah agar kita melaksanakan tugas kita sebagai RAKYAT MALAYSIA..

No comments: