Tuesday, April 1, 2008

Benarkah MELAYU berpecah dan lemah?

Benarkah orang Melayu sudah berpecah dan semakin lemah? Perkara ini menjadi bahan berita hangat di media masa negara sehingga mengambarkan esok lusa orang Melayu akan pupus di muka bumi ini.

Namun perkara ini dilihat sengaja disensasikan oleh pihak yang berkepentingan kerana UMNO/BN secara mengejut telah mengalami kekalahan yang teruk pada pilihanraya umum yang lalu. Perubahan yang dilakukan oleh rakyat telah mengoyangkan dan mengoncangkan keutuhan empayar BN. Sekali lagi ini membuktikan bahawa empayar BN tidaklah sekukuh yang disangka, ia rupanya rapuh dan mudah retak!

Tapi cerita pasal orang Melayu akan hilang kuasa dan akan lemah serta di tindas di negara sendiri bukanlah cerita baru. Ia cerita yang diulang-ulang dan diperbaharui mengikut suasana politik UMNO. Ia cerita yang ada masa timbul dan agak lebih lama tenggelam...

Maka janganlah terpedaya, janganlah tertipu. Biarkanlah mereka bercerita dan anggapkanlah ia sebagai hiburan politik untuk rakyat yang mahu dan berani melakukan perubahan.

Sesungguhnya orang Melayu tidak berpecah dan lemah, tetapi orang Melayu telah berhijrah dan berani menegakkan keadilan.


No comments: