Tuesday, April 22, 2008

UM-NO bermesyuarat di kedai mamak?

Sesuatu yang tidak dijangka, hari ni aku terserempak sekumpulan pemimpin puak UM-NO yang sibuk bermesyuarat di kedai mamak. Rasa-rasa mereka tu datangya dari Senawang ni je. So bukanlah orang kenamaan atau orang besar, cuma sekadar pimpinan bawahan je lah.

Dalam mereka sibuk berbincang sempat juga aku menelinga apa yang mereka dok sibuk. Rupa-rupanya mereka sedang plan aktitivi tahunan dan termasuklah mencari sumber kewangan. Kedengaran nama MB disebut-sebut dan termasuklah nama YB. Tak pasti pulak YB yang mana satu, tapi yang pasti bukan YB di Senawang ni kerana YB Senawang adalah YB PAS, bukan YB UM-NO yang telah dikalahkan pada PRU-12 yang lalu.

Anak yatim juga ada disebut. Mungkin mereka nak adakan sesuatu aktiviti disana. Tapi tidak pasti di mana dan bila. Antara lain yang disebut adalah khairat kematian dan bulan puasa.

Dengar punya dengar, roti canai aku pun dah habis. Cuma aku hairan, mengapa mereka itu tidak insaf dan masih berdegil untuk kekalkan hidup bersama sekular. Tidakkah mereka berfikir dan menilai tahap kepimpinan UM-NO selama ini penuh dengan kekotoran, kefasikan, kemunafikan, kemaksiatan, kemungkaran dan kezaliman? Mengapa hati-hati mereka itu masih buta untuk melakukan peghijrahan?

Sewajarnya mereka sudah meninggalkan UM-NO, bertaubat dan kembali kepangkal jalan untuk bejuang bersama rakyat demi menegakkan kepimpinan NEGERI dan NEGARA yang ADIL, TELUS, BERSIH dan BERAKHLAK.

Setelah selesai bersarapan, aku pun terus beredar meninggalkan mereka-mereka bermain-main dalam KEGELAPAN. Semoga suatu hari nanti mereka di beri taufik dan hidayah untuk kembali kejalan yang benar, iaitu ISLAM.


No comments: