Friday, April 11, 2008

JALAN RAYA SETARAF PENDALAMAN/ESTET

Amat mengecewakan apabila anda sendiri melalui di beberapa batang jalan raya di Taman Marida Senawang. Jalan rayanya dalam berkeadaan yang menyedihkan, lubang sana lubang sini, lopak sana lopak sini.

Walaupun taman ini terletak di dalam kawasan membangun di Senawang/Seremban, ia mempunyai jalan raya setaraf di kawasan pendalaman/estet.


Aktiviti "korek sana dan korek sini" bagi menjayakan projek pembentungan mega telah merosakkan beberapa jalan raya di taman ini dan mungkin beberapa taman lain yang terbabit. Namun tiada pihak yang bertanggung jawab untuk menurap kembali jalan yang telah rosak secepat mungkin walaupun pembentung telah ditanam sejak sebelum pilihanraya ke-12 yang lalu.

Jalan raya yang daif ini menyebabkan pengguna berasa tidak selesa, apa tidaknya bila hari hujan kereta cepat kotor dan yang kotor pun bertambahlah kotornya. Oleh yang demikian amatlah diharapkan pihak berkuasa / terbabit mempercepatkan kerja-kerja menurap jalan.

No comments: