Thursday, April 3, 2008

PEKAN SENAWANG SIBUK?

Sesuatu yang pelik jika kita mengalami kesesakan jalan raya apabila melalui Pekan Senawang. Namun realiti kesesakan itu bukanlah kerana kepesatan pembangunannya, tetapi ia berpunca dari kesibukan mereka-mereka yang singgah untuk membeli nombor ekor @ BERJUDI!

Agak memalukan apabila dapat kita lihat akan kelibat orang-orang Melayu yang turut serta berpusu-pusu merapatkan saf-saf perjudian. Apa yang mereka perolehi dari berjudi? Cepat kaya? Tidak jugak!

Jika dengan berjudi membolehkan orang Melayu cepat kaya dan bertambahlah kaya maka pasti akan berlambaklah bilangan jutawan Melayu mengatasi bilangan jutawan Cina. Tapi hakikatnya itu tidak benar. Yang kaya adalah tauke judi, yang melepas adalah mereka yang berjudi.
Walaupun negara kita sudah lebih 50 tahun merdeka, amat sukar kita mengira bilangan jutawan Melayu, bukan kerana mereka terlalu ramai tetapi terlalu kecil jumlahnya.

Disebabkan pusat judi tidak membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat, maka wajarkah pusat judi itu wujud di Pekan Senawang? Wajarkah ia maju dikawasan berdekatan dengan sekolah dan masjid? Maka wajar kita memikirkan pekara ini bersama...

No comments: