Sunday, April 20, 2008

Kijang Care

Image

Kijang Care ditubuhkan bagi mengumpul dan menguruskan sumbangan bagi tujuan kebajikan masyarakat, kesihatan, pendidikan, dan lain-lain tujuan amal untuk kepentingan masyarakat Malaysia yang memerlukannya tanpa mengira bangsa, kaum, ideologi serta agama.

Matlamat utama Kijang Care adalah untuk memberikan khidmat serta bantuan kepada golongan kurang upaya, miskin dan memerlukan. Kami berharap sumbangan serta bantuan yang diberikan akan dapat mengurangkan bebanan, meringankan penderitaan serta memberikan keriangan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Hasrat murni ini akan dapat dicapai menerusi sumbangan ikhlas dalam bentuk wang tunai atau apa jua bentuk sumbangan, sokongan dan bantuan daripada mereka yang prihatin.

Kijang Care akan menyalurkan apa jua bentuk sumbangan yang diterima dari penderma kepada golongan yang memerlukan dengan penuh komitmen agar matlamat utama dan hasrat murni Kijang Care akan terlaksana.

Antara objektif Kijang Care adalah :-

  • Menyediakan bantuan kepada golongan miskin dan golongan kurang upaya disebabkan masalah tua, kesihatan, kurang bernasib baik, uzur, kemiskinan, atau status balu & anak yatim.
  • Menyediakan bantuan berupa wang tunai dan lain-lain bentuk bantuan kepada mangsa bencana alam seperti kebakaran, banjir, kemarau dan lain-lain .
  • Menyediakan bantuan kepada kanak-kanak yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan asas serta untuk meningkatkan taraf pendidikan mereka yang memerlukan.
  • Menyediakan bantuan serta khidmat nasihat bagi membaiki taraf hidup, sosial serta ekonomi sesebuah keluarga agar mereka akan dapat membebaskan keluarga dari belenggu kemiskinan.
http://www.kijangcare.org/

No comments: