Tuesday, April 15, 2008

POPULARKAN ULAMA

Zaman sekarang dapat kita lihat bagaimana manusia itu mendewa-dewakan para artis melebihi kasih dan hormat mereka pada para alim ulama. Malah ramai diantara kita yang tidak tahu dan tidak mengenali para ulama yang menetap dan berdakwah di N9 ini.

Mengapa ini berlaku? Adakah artis itu lebih mulia berbanding para ulama? Adakah personaliti arti itu memukau mata dan hati para manusia? Artis bukannya malaikat, mereka juga manusia biasa dan biasa pula cenderung melakukan perbuatan memalukan umat.

Sukar kita nak menyalahkan mereka-mereka yang mendewakan para artis itu kerana mereka-mereka itu hidup dan dibesarkan dalam suasana pendewaan artis secara meluas. Artis mendapat tempat di TV dan radio, tapi para alim ulama sekadar memenuhi kekosongan rancangan. Itupun bukan semua ulama yang diberi peluang untuk muncul di kaca TV. Artis lebih menonjol kehadapan, berbanding ulama yang disepikan dan dipinggirkan. Oleh yang demikian masyarakat akan lebih percaya kepada para artis berbanding para ulama dalam menyusuri dan mengurus kehidupan.

Maka adalah menjadi tanggungjawab kita mempopularkan ulama agar pemikiran, pandangan dan syarahan mereka menjadi cahaya yang menerangi liku-liku kehidupan. Ingatlah bahawa ulama itu adalah pewaris NABI.

No comments: